fb fb fb fb fb

Gitar Kurt Cobain bakal dilelong

Foto FB Julien's Auction

LOS ANGELES, 18 November- Gitar yang digunakan mendiang Vokalis Nirvana, Kurt Cobain semasa persembahan terakhirnya dijual dengan harga lebih daripada AS$1.5 juta.

Pusat lelongan 'Julien's Auction' berkata gitar jenama Fender Mustang itu masih sempurna.

"Persembahan terakhir Nirvana pada 1 Mac 1994 di Munich, Jerman.

"Semua rakaman konsert yang ada mengesahkan bahawa Cobain bermain gitar tersebut pada malam itu," katanya.

Sebahagian daripada hasil lelongan tersebut akan disalurkan kepada badan amal kesihatan mental 'Kicking the Stigma'.

Cobain meninggal dunia pada April 1994 ketika berusia 27 tahun.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM