fb fb fb fb fb

Nabila Razali selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan

Nik Iruwan dan Nabila Razali selamat bergelar suami isteri hari ini

BUKIT TINGGI, 18 November- Penyanyi, Nabila Razali, 31, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz di salah sebuah pusat peranginan di sini, Pahang pada pukul 10.11 pagi tadi.

Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali menerima mas kahwin bernilai RM22.50, sementara wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini. Tidak lupa kepada peminat atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella (Nabila) dan suami,” katanya.

Majlis bertemakan English Garden itu berlangsung secara sederhana dengan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti.

Antara selebriti yang hadir adalah Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman dan Hael Husaini.

Pasangan itu juga bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung pada sebelah petang di lokasi sama.

SITI AISHAH BINTI MD ISA