fb fb fb fb fb

Rempuh rumah orang, aktres Anne Heche kritikal

FOTO AFP

LOS ANGELES, 6 Ogos- Aktres Amerika Syarikat, Anne Heche telah dimasukkan ke hospital dalam dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbabit dalam satu kemalangan pada Jumaat.

Jabatan Bomba Los Angeles melaporkan bahawa sebuah kenderaan melanggar sebuah rumah dua tingkat di kejiranan Mar Vista di Los Angeles, "menyebabkan kerosakan harta benda dan mencetuskan kebakaran besar.

Wanita dewasa yang ditemui di dalam kereta itu "dibawa ke hospital kawasan oleh paramedik LAFD dalam keadaan kritikal," katanya.

Media AS mengesahkan laporan awal oleh penerbitan gosip selebriti TMZ bahawa wanita di dalam Mini Cooper biru itu adalah Heche.

Pelakon berusia 53 tahun itu pada mulanya merempuh garaj bangunan pangsapuri sebelum melarikan diri, menurut imej yang dikumpul oleh TMZ.

Kereta yang sama kemudiannya merempuh dan mengakibatkan kerosakan yang teruk pada rumah di Mar Vista.

Kebakaran yang berlaku mengambil masa 65 minit untuk dipadamkan oleh 59 anggota bomba.

Heche membintangi beberapa filem dari tahun 1990-an termasuk "Six Days, Seven Nights," "Donnie Brasco" dan "I Know What You Did Last Summer."

Heche juga terkenal dengan peranannya dalam 'soap opera' "Another World," yang menyaksikannya memenangi Daytime Emmy pada tahun 1991.-AFP


( Anne Heche /AFP)

Media Baharu