fb fb fb fb fb

Radio Klasik jelajah negeri bertemu pendengar

Personaliti MELAKAfm, Yasser Fikri Abu turut hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-16 Menara Taming Sari dengan kerjasama Radio Klasik di Banda Hilir, hari ini

BANDA HILIR, 3 Mei- Radio Klasik akan menjelajah ke beberapa negeri sepanjang tahun ini bagi mendekatkan stesen itu dengan pendengar setianya.

Penolong Pengurus Penerbitannya, Haliza Mat Kharsa berkata, langkah itu juga secara tidak langsung dapat menarik pendengar baharu khususnya dalam kalangan generasi muda.

Malah menerusinya, pendengar dapat mengenali lebih dekat para penyampai Radio Klasik.

"Tanpa peminat (pendengar), Radio Klasik ini tiada. Jadi kami mahu meraikan mereka, tidak kira ketika Aidilfitri atau acara-acara lain, kita akan turun bersama mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-16 Menara Taming Sari dengan kerjasama Radio Klasik di sini hari ini.

Radio Klasik mendahului senarai pendengar tertinggi di RTM Klik untuk tiga bulan pertama tahun ini dengan rating tertinggi pada Januari iaitu 1.6 juta pendengar.

Antara segmen yang menerima sambutan menggalakkan adalah segmen 'Aku Dia dan Lagu', 'Cubit-Cubit Manja' dan '34-Je'.

0305 MLK RADIO KLASIK JELAJAH 2
Haliza Mat Kharsa

SITI AISHAH MD ISA