fb fb fb fb fb

Rabbani kembali konsert berskala besar September ini

Kumpulan Rabbani

KUALA LUMPUR, 28 Julai –Kumpulan nasyid legenda, Rabbani bakal mengadakan sebuah konsert berskala besar bertemakan “Intifada” pada 20 September ini membawa mesej perjuangan, kebangkitan dan nilai kemanusiaan sejagat.

Konsert yang Universe Gateway bakal membawa penonton menyelusuri perjalanan spiritual dan perjuangan hidup menerusi lagu-lagu ikonik Rabbani, termasuk lagu wajib yang terus menjadi kegemaran peminat iaitu Intifada.

"Kalau buat persembangan dan tak bawa Intifada, kami tak dibenarkan balik. Lagu ni memang permintaan wajib setiap kali kami dijemput," kata salah seorang ahli kumpulan itu.

Konsert itu juga akan menampilkan segmen penghargaan khas kepada anggota Rabbani yang telah meninggal dunia, khususnya Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, vokalis utama kumpulan itu yang dikenang sebagai figura penting dalam dunia nasyid tanah air.

Selain menjadi medan hiburan berunsur dakwah, Konsert Intifada juga membawa mesej solidariti kemanusiaan sejagat.

Persembahan akan diselitkan dengan elemen visual dan naratif yang menyentuh perjuangan rakyat Palestin, sebagai usaha menzahirkan sokongan kepada golongan tertindas.

Konsert berdurasi dua jam itu akan menampilkan 10 buah lagu, termasuk persembahan khas bersama artis jemputan seperti kumpulan Brothers, Yabang, dan Aeydan.

TETITIA YUSOFF