KUALA LUMPUR, 19 Februari - Selepas kejayaan konsert di Panggung Sari , Istana Budaya pada 30 Oktober 2021, penyanyi bersuara lunak merdu Misha Omar malam ini tampil menjayakan program makan malam amal ‘Bunga-Bunga Cinta Misha Omar, Charity & Fundraising Gala Dinner.
Konsert 2 jam berkonsepkan Black Tie itu diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Ia bertujuan mengutip dana yang akan disumbangkan kepada beberapa yayasan kebajikan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik termasuk anak yatim selain bantuan kemasyarakat dan modal insan.
Konsert amal malam ini turut diserikan dengan kemunculan artis undangan, Dafi dan Zarol Zarif.