SEOUL, 14 September - Pengerusi syarikat hiburan terkemuka Korea Selatan, HYBE, Bang Si-hyuk dijangka hadir memberi keterangan kepada pihak polis esok berhubung dakwaan transaksi sekuriti palsu berkaitan penyenaraian syarikat itu di pasaran saham.
Menurut laporan agensi berita Yonhap yang memetik pihak berkuasa, Bang turut dirujuk kepada pihak pendakwaan oleh pengawal selia kewangan negara itu bagi menyiasat pembabitannya ketika proses tawaran awam permulaan (IPO) pada 2020.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, Bang bersama tiga lagi eksekutif dituduh menipu pelabur supaya menjual saham mereka kepada sebuah syarikat pelaburan yang dikawal mereka, sebelum meraih keuntungan daripada penjualan saham selepas penyenaraian.
Bang merupakan pengasas HYBE dan pemegang saham terbesar syarikat yang menguruskan kumpulan K-pop global BTS.-REUTERS