fb fb fb fb fb

Pink Floyd bergabung semula, Roger Waters tak berminat

Pengasas Pink Floyd, Roger Waters/Foto REUTERS

LONDON, 4 Julai- Pengasas dan pemain bass Pink Floyd, Roger Waters menolak idea bahawa kumpulan rock legenda berkenaan bakal bergabung semula untuk kemunculan di pentas.

Sebaliknya, Waters menegaskan dia kini sibuk dengan aktiviti lain termasuk menyiapkan album solo terbaharunya selain menulis sebuah memoir.

Dalam temu bual bersama Reuters, Waters menyatakan dia amat menyukai waktu ketika dirinya bersama dengan Pink Floyd yang diasaskannya pada 1965, namun menegaskan dia tiada sebarang rancangan untuk kembali bergabung melakukan persembahan bersama dua lagi anggota kumpulan yang masih hidup iaitu pemain dram, Nick Mason dan gitaris, David Gilmour.

Waters, merupakan individu penting di sebalik pembikinan album Pink Floyd seperti "The Dark Side of the Moon" dan "The Wall" meninggalkan kumpulan berkenaan pada 1985 susulan perbezaan pendapat dan peribadi.

Waters turut terlibat dalam perbalahan undang-undang mengenai penggunaan nama kumpulan itu selepas ahli kumpulan Pink Floyd meneruskan perjuangan tanpanya.

Dia dan pemain gitar Pink Floyd, David Gilmour yang telah mengalami perselisihan faham selama bertahun-tahun dan dianggap sebagai salah satu perselisihan faham yang paling terkenal di dunia hiburan.

Baru-baru ini, Waters dan gilmour kembal menghangatkan industri hiburan selepas bertelagah di media sosial berhubung perang Ukraine-Rusia.

Dia turut berkata idea untuk penyatuan semula Pink Flyod adalah sesuatu yang nostalgia bagi sesetengah orang, tetapi bukan dirinya.

Kali terakhir Pink Floyd membuat persembahan bersama di konsert amal Live 8 di London pada 2005, apabila Waters menyertai Mason, Gilmour dan pemain keyboard Richard Wright.

"Kami melakukannya. Dan saya tidak menyesal kerana Rick (Wright) masih hidup, dan saya sangat gembira kerana kami mempunyai peluang untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali", kata Waters.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD