fb fb fb fb fb

Bintang Kecil 2024 tampil kelainan ketengah konsep 'FUN'

Pengarah Bahagian Program Radio, Saifuzzaman Yusop

KUALA LUMPUR, 5 Julai- Bintang Kecil Edisi ke-38 memperkenal konsep baharu iaitu 'FUN' atau keseronokan yang memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan kreativiti dalam setiap persembahan.

Menurut Pengarah Bahagian Program Radio, Saifuzzaman Yusop, lebih 500 peserta hadir pada Pencarian Bakat Bintang Kecil 2024 peringkat zon semenanjung sepanjang dua minggu sesi ujibakat dilaksana.

Lapan finalis dari tiga zon iaitu zon semenanjung, zon Sabah dan zon Sarawak bakal berentap pada pertandingan akhir 21 September nanti.

Platform mencungkil bakat baharu kanak-kanak berusia antara lapan hingga 12 tahun menerusi nyanyian itu diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Kongsinya, pertandingan akhir akan dimeriahkan gandingan pengacara Sean Lee dan Dyya Nawai.

"Kelainan yang kita perkenalkan ialah konsep 'FUN' (keseronokan, keunikan dan bakat baharu), kegembiraan yang ada dalam kalangan kanak-kanak. Apakah mereka boleh tonjol kreativiti dalam persembahan menerusi kreativiti dan lontaran suara mereka sebagai pendatang baharu,"katanya.

Saifuzzaman ditemui selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE