fb fb fb fb fb

Umai rangkul pingat emas pada WCOPA ke-27

Umai ketika mendendangkan lagu A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin pada WCOPA ke-27

CALIFORNIA, 6 Julai- Anak saudara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Saiful Anuar atau lebih dikenali sebagai Umai mengharumkan nama negara selepas merangkul pingat emas pada World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27 di Los Angeles.

Umai, menewaskan empat finalis lain dengan mempertaruhkan lagu A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin.

Pada pusingan pertama, Pelajar tingkatan dua Sekolah Seni Malaysia itu bersaing dalam lima kategori iaitu Kontempori, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B.

Umai kemudiannya mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun.

Kemenangan tersebut turut dikongsi Siti Nurhaliza menerusi akaun instagram miliknya.

"Tahniah Umai!! Berjaya pulang emas dan mengharumkan nama negara," katanya penyanyi nombor satu negara itu.

Selain Umai, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareff pasangan kembar dari Sarawak berumur 11 tahun turut menghadiahkan pingat emas menerusi kategori nanyian duet vokal junior.

Selain itu Dion Das Louis turut meraih pingat emas pada acara berprestij itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI