fb fb fb fb fb

Penyanyi rap P.Diddy berdepan lebih banyak dakwaan serangan seks

Penyanyi Sean 'Diddy' Combs / AFP

NEW YORK, 25 November- Lebih banyak dakwaan serangan seksual telah difailkan terhadap penyanyi, Sean Combs di New York, selepas mogul rap yang dikenali sebagai "Diddy" itu dan penyanyi R&B Cassie menyelesaikan saman yang membabitkan dakwaan sama minggu lalu.

Saman itu telah dikemukakan bawah Akta Penyelamat Dewasa New York, undang-undang yang memberi tempoh satu tahun untuk tuntutan serangan seksual difailkan.

Individu berprofil tinggi lain yang turut menghadapi tuntutan bawah undang-undang tersebut, termasuk pelakon Jamie Foxx, vokalis Guns N' Roses Axl Rose dan Datuk Bandar New York, Eric Adams.

Saman yang difailkan pada Khamis oleh Joi Dickerson-Neal mendakwa dia telah didera dan diserang secara seksual pada tahun 1992 oleh penyanyi rap, yang juga dikenali sebagai "Puff Daddy," serta mendakwa dia telah merakam dan mengedarkan perbuatan itu sebagai revenge porn'.

Satu lagi laporan, yang difailkan oleh "Jane Doe" tanpa nama, menuduh Combs dan kolaborator muzik Aaron Hall merogolnya ketika fastival pada 1990 atau 1991, menurut laporan majalah Rolling Stone.

Minggu lalu, penyanyi R&B Cassie, yang nama sebenarnya Casandra Ventura, menuduh Combs melakukan kekerasan fizikal dan dadah serta rogol terhadapnya pada 2018.

Sehari selepas pemfailan itu, kedua-dua pihak berkata mereka telah bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik, tetapi tidak mendedahkan syarat penyelesaian.

Bekas presiden AS Donald Trump turut disaman bawah sama oleh bekas kolumnis majalah E. Jean Carroll.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE