fb fb fb fb fb

Pengarah Filem 'Parasite' gesa siasatan terhadap polis dan media

Pengarah Filem 'Parasite', Bong Joon-ho /FOTO REUTERS

SEOUL, 13 Januari- Sekumpulan pembikin filem, pelakon dan pekerja industri perfileman Korea Selatan, termasuk pengarah "Parasite" Bong Joon-ho, menggesa siasatan dilakukan terhadap pihak polis dan media berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah melibatkan mendiang aktor Lee Sun-kyun.

Bong bersama kumpulan berkenaan telah mengadakan sidang media di sini bagi menggesa pihak berkuasa untuk melihat sama ada polis mengendalikan kes tersebut tanpa melanggar peraturan keselamatan dan privasi.

Kumpulan terbabit turut mengecam liputan berlebihan oleh beberapa saluran berita dan Youtuber yang memberikan sorotan terhadap yang memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi Lee menggunakan maklumat yang tidak tepat dan memanggilnya sebagai 'Kewartawanan Kuning".

"Kami menggesa siasatan terhadap fakta sama ada terdapat sebarang masalah keselamatan berhubung siasatan polis," kata Bong ysng membaca kenyataan yang ditandatangani oleh lebih 2,000 artis dan 29 persatuan industri.

Mendiang Lee yang terkenal menerusi watak orang kaya yang patriak dalam filem yang memenangi anugerah Oscar ditemui meninggal dunia di sebuah parkir kereta bulan lalu dalam kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh diri.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD