fb fb fb fb fb

Pendengar bangga kejayaan Radio RTM disenarai 30 Radio Terbaik Dunia

Radio RTM kini berada di kedudukan ke-30 di seluruh dunia di belakang rangkaian radio dari argentina, Grupo America.

KUALA TERENGGANU, 3 Mei – Kejayaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tersenarai dalam Triton Digital’s Global Streaming Rankers bagi Mac 2025 disambut dengan pelbagai reaksi positif daripada pendengar.

Ini sekali gus membuktikan transformasi digital strategik menerusi RTMKlik dan platform lain diterima baik oleh pengguna.

Pendengar setia Terengganufm, Khadijah Hussain menyifatkan kejayaan RTM itu sebagai sesuatu yang membanggakan kerana saluran tersebut sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya sebagai rakyat Terengganu.

“Alhamdulillah, tahniah kepada RTM kerana tersenarai dalam 30 terbaik dunia. Saya duduk di Terengganu tetapi tak boleh dipisahkan dengan radio, terutama Terengganufm. Kalau saya keluar dari Terengganu pun saya dengar radio Terengganu melalui RTMKlik,” katanya kepada RTM.

Sementara itu, seorang lagi pendengar setia Terengganufm yang kini berada di New Zealand, Tee Seang Tan, berkata meskipun berada jauh di luar negara, beliau tetap dapat mengikuti perkembangan tanah air melalui RTMKlik.

“Saya selalu mendengar Terengganufm melalui RTMKlik dan semalam saya dapat berita RTM Malaysia tersenarai antara 30 terbaik dunia. Saya sangat suka dengar Terengganufm, termasuk berita dan pelbagai segmen menarik,” katanya.

Radio RTM kini berada di kedudukan ke-30 di seluruh dunia di belakang rangkaian radio dari argentina, Grupo America.

Penilaian dilakukan pada Mac lalu dengan menyaksikan radio RTM mendapat jumlah 9,630 bagi Purata Sesi Aktif (AAS), 9, 855, 025 bagi Permulaan Sesi (SS) dan 0.54 bagi Purata Masa Mendengar (ATSL).

GRACE AISYAH KEDAYAN