KUALA LUMPUR, 8 Julai -Band retro-pop dari Jakarta Selatan memulakan langkah debut antarabangsa ke Kuala Lumpur buat julung kalinya dengan menyertai Konsert Jiwa Kacau.
Ketiga-tiga anggota The Lantis yang terdiri daripada Giri (vokalis), Ravi (gitaris) dan Ojan (gitaris) bergabung dengan nama besar dari Malaysia dan Indonesia, seperti Spider, Hujan, Bunkface, Wali serta Kerispatih.
The Lantis berhasil mencuri perhatian dan berinteraksi dengan penonton pada konsert tersebut.
Mereka membawakan beberapa lagu iaitu 'Bunga Maaf', 'Ambang Rindu' dan 'Lampu Merah' yang turut mengajak penonton ikut menyanyi bersama.
"Ini mimpi yang akhirnya menjadi kenyataan. Kami akhirnya tampil di luar negera dan disambut dengan begitu hangat oleh penonton Malaysia adalah kebahagiaan yang tak bisa kami ungkapkan dengan kata-kata," kata
ketiga-tiga anggota The Lantis.
Kumpulan ditubuhkan pada tahun 2020 itu terus membuatkan peminat terbuai dengan harya yang dihasilkan.
Buktinya lagu 'Lampu Merah', yang tular di berbagai platform digital meraih 96 juta tontonan.
The Lantis terus menguatkan posisi dalam industri dengan karya 'Bunga Maaf' dengan jumlah penonton seramai 161 juta.
Pada Jun 2024 kumpulan tersebut tampil dengan album kompilasi 'Lagu-lagu Cemara (2025)' yang turut memuatkan lagu 'Seperti Cemara'.