fb fb fb fb fb

Bella Astillah tampil pada Glenn Fredly Holographic Performance: Live In Malaysia

Bella Astillah

KUALA LUMPUR, 8 Julai -Bella Astillah akan mengisi barisan baharu untuk Konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia yang akan diadakan pada 18 Julai ini di ibu negara.

Menurut Bella, pemergian Glenn Fredly sebagai satu kehilangan besar dalam dunia muzik serantau.

Lagu-lagu ciptaannya kekal abadi dan alunan suara Glenn Fredly terus hidup dalam ingatan meskipun jasadnya sudah tiada.

"Mendiang Glenn Fredly merupakan antara penyanyi kegemaran saya sejak dahulu. Sejak kecil saya sudah mengenali sebahagian besar lagunya. Muziknya sangat berbeza dan memberi kesan mendalam kepada pendengar," ujar Bella.

Antara lagu Glenn yang paling dekat di hati Bella termasuk Kasih Putih, Januari dan Akhir Cerita Cinta, yang bukan sahaja menjadi siulan ramai, malah turut dijadikan rujukan penggiat seni generasi baharu.

Selain Bella, konsert istimewa tersebut turut menampilkan barisan pemuzik dan penyanyi berbakat seperti Noh Salleh, The Bakuucakar, Mutia Ayu, Rian Ekky Pradipta, Nadira Adnan, Gretchene Quirina, Matthew Sayersz dan Allan Anderson.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI