PARIS, 11 Ogos- Majlis penutup temasya Olimpik Paris 2024 akan menampilkan persembahan artis-artis Holllywood sebelum ibu kota Perancis itu menyerahkan peranan tuan rumah kepada hos tahun 2028, Los Angeles.
Tom Cruise, yang kini sedang menjalani penggambaran episod terbaru francais "Mission Impossible" di Eropah, dijangka memainkan peranan utama dalam majlis penutupan pada Ahad.
Difahamkan, aktor terkemuka itu akan melakukan aksi lagak ngeri menakjubkan untuk menandakan peralihan Sukan Olimpik dari Paris ke Los Angeles, yang akan melibatkan penyerahan bendera Olimpik dari satu bandar ke bandar yang lain.
Juga dijangka tampil dalam senarai artis A-list yang akan membuat persembahan adalah Billie Eilish, Snoop Dogg dan Red Hot Chili Peppers.
Namun, kesemua artis tersebut akan membuat persembahan langsung dari Los Angeles.
Majlis penutupan di Stade de France akan diarahkan oleh Thomas Jolly, yang merupakan watak utama di sebalik majlis pembukaan yang mengkagumkan di Sungai Seine.
Sukan olimpik musim panas berikutnya akan berlangsung di Los Angeles, California, dari 14 hingga 30 Julai 2028.-AFP