fb fb fb fb fb

Paris Hilton umum kelahiran anak pertama

(Paris Hilton 9kiri) dan suami Carter Reum/AFP)

WASHINGTON, 25 Januari- Personaliti dan pewaris hotel Paris Hilton mengumumkan pada Selasa bahawa beliau dan suami Carter Reum telah menyambut kelahiran anak pertama mereka.

Hilton memuat naik foto di Instagram bayinya yang baru lahir menggenggam ibu jarinya.

"Anda sudah disayangi tanpa kata-kata," tulis Hilton dengan emoji berbentuk hati bewarna biru.

Media hiburan Amerika Syarikat (AS) melaporkan bahawa bayi lelaki itu telah dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang.

(Paris Hilton/AFP)

Bekas bintang realiti TV berusia 41 itu, dalam satu temubual mendedahkan tentang memulakan proses IVF bagi mendapatkan zuriat hasil perkahwinannya sejak 2021

Hilton memberitahu People Magazine bahawa perintah berkurung pada awal pandemik COVID-19, ia adalah masa yang tepat untuk memulakan langkah mendapatkan anak.

"Hati seluruh keluarga kini dipenuhi kasih sayang yang melimpah ruah buat bayi lelaki kami," katanya dalam satu kenyataan diterbitkan People.-AFP

Media Baharu