fb fb fb fb fb

Paramount dan Skydance bincang potensi penggabungan

Foto Reuters

NEW YORK, 4 April - Syarikat pengeluar filem ternama Paramount Global telah memasuki perbincangan eksklusif bersama Skydance berhubung potensi untuk penggabungan berbanding pengambil alihan kira-kira AS$26 bilion oleh Apollo, lapor media Amerika Syarikat pada Rabu.

"Rundingan tersebut bermakna gergasi hiburan, Paramount tidak boleh sama sekali berbincang dengan Apollo atau pihak lain selama 30 hari sementara menantikan transaksi untuk dibeli oleh Skydance", kata Wall Street Journal yang enggan memetik sumber laporan.

Pihak Paramount bagaimanapun enggan mengulas isu penggabungan tersebut, manakala Skydance turut berbuat perkara sama oleh AFP.

Sebelum ini, Paramount dan Skydance pernah bekerjasama bagi menerbitkan filem Top Gun: Maverick yang merupakan filem pecah panggung lakonan Tom Cruise.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD