fb fb fb fb fb

Ozzy Osbourne meninggal Dunia

Ozzy Osbourne/ Foto AFP

LONDON, 23 Julai – Vokalis legenda kumpulan Black Sabbath, Ozzy Osbourne, disahkan meninggal dunia, semalam.

Berita mengenai pemergian penyanyi berusia 76 tahun itu dimaklumkan oleh keluarganya.

Tiada punca kematian dinyatakan, namun pada tahun 2020, beliau memaklumkan bahawa dirinya menghidap penyakit Parkinson yang menjejaskan pergerakan tubuh dan menyukarkannya untuk berjalan.

Persembahan terakhirnya berlangsung pada 5 Julai lalu di Birmingham.

Osbourne mula mencipta nama pada era 70-an bersama Black Sabbath menerusi lagu seperti 'Paranoid', 'War Pigs' dan 'Sabbath Bloody Sabbath', sebelum mencatatkan lebih 100 juta jualan album sepanjang kerjayanya. –REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM