NEW YORK, 22 Julai – Adam Sandler kembali sebagai Happy Gilmore dalam Happy Gilmore 2, hampir 30 tahun selepas filem asal ditayangkan.
Filem tersebut akan mula distrim di Netflix pada 25 Julai.
Sandler turut berlakon bersama ahli keluarganya, termasuk isteri dan dua anaknya, serta pelakon asal dari filem pertama.
Bad Bunny dan pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce, turut tampil dalam filem berkenaan.
Sandler berkata skrip filem itu mengambil masa setahun untuk disiapkan. Ia pada asalnya ditulis bersama Carl Weathers, namun terpaksa diubah selepas Weathers meninggal dunia.
Beberapa atlet golf termasuk Bryson DeChambeau turut membuat penampilan khas.
DeChambeau berkata filem asal Happy Gilmore memberi inspirasi kepadanya untuk bermain golf sejak kecil.-REUTERS