fb fb fb fb fb

Mentega Terbang, KKD tunggu siasatan polis selesai

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Mac- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung filem Mentega Terbang kerana siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.

Jelas Menterinya, Fahmi Fadzil, buat masa ini, semua pihak yang terlibat perlu bekerjasama dengan polis termasuk beliau sendiri.

"Isu ini sedang disiasat oleh pihak polis. Justeru, saya tidak akan memberikan komen. Kita akan melalui proses melibatkan kerjasama dengan pihak polis sebagai contoh, sekiranya saya dipanggil untuk keterangan, saya juga akan hadir kerana ia termaktub dalam undang-undang.

Arahan pihak berkuasa kita perlu patuhi dan meberikan kerjasama," kata Fahmi kepada pemberita di ibu negara, hari ini.

Sebelum ini, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), FreedomFilmFest telah melancarkan petisyen terhadap filem Mentega Terbang bagi mendapatkan sokongan.

Filem arahan Mohd Khairi Anwar Jailani tersebut didakwa bertentangan dengan akidah Islam dan sedang disiasat oleh pihak berkuasa.


(Foto Media Sosial)

Media Baharu