fb fb fb fb fb

Melly Goeslaw akan menemui peminat pada Konsert Prom Nite

Anto Hoed dan Melly Goeslaw

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Komposer dan penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw akan menemui peminat pada 31 Mei depan bertemakan Prom Nite.

Konsert yang akan diadakan di Axiata Arena itu bakal melengkapkan dua siri konsert sebelum ini yang telah mencetuskan fenomena.

Bagi pelantun lagu Gantung itu, tidak ada janji manis yang mahu diberikan kecuali mahu semua peminatnya supaya tidak terlepas peluang ini untuk turut bersama pada konsert berkenaan.

"Kerana ia akan menjadi momen yang tidak boleh dilupakan untuk kita semua. Saya ingin melibatkan penonton bukan sahaja saya dan Anto pasukan konsert tetapi penonton juga.

"Saya sendiri menyiapkan diri untuk konsert ini. Saya harap para penonton pada malam berkenaan juga akan menyediakan pakaian sesuai," ujar Melly.

Sementara itu Pengarah Muzik Anto Hoed menyifatkan konsert berkenaan akan menyajikan lagu pelbagai genre.

"Lagu berentak berentak perlahan ini pasti membuai perasaan penonton. Jadi ia boleh menikmati konsert berkenaan bersama," katanya.

Tiket konsert berkenaan akan dijual pada harga RM228 hingga RM558 dan boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.ticket2u.com.my

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI