fb fb fb fb fb

Marcelo Bielsa dipecat, Leeds United tewas di laman sendiri

(FOTO REUTERS)

ENGLAND, 28 Februari- Leeds United memecat pengurusnya, Marcelo Bielsa selepas tewas di tempat sendiri, 0-4 kepada Tottenham Hotspurs.

Leeds kini berada hampir zon penyingkiran liga.

Bielsa dilantik pada 2018 dan berjaya membawa Leeds ke liga utama untuk pertama kali dalam 16 tahun.

Musim lepas mereka menamatkan liga di tangga ke-9 liga.

Tewas kepada Spurs merupakan kekalahan keempat berturut-turut.

Pasukan itu kini berada di tangga ke-16 liga, 2 mata di atas zon penyingkiran.

Bielsa menjadi popular di Leeds selepas berjaya membawanya ke Liga Perdana dengan corak permainan menarik dan serangan bertenaga.

Perancangan sedang dilakukan untuk membuat satu penghormatan terakhir kepada Bielsa di stadium Elland Road.

Penggantinya akan diumumkan hari ini.

Media Baharu