fb fb fb fb fb

Mansor Puteh maut kemalangan

Mansor Puteh/ Foto Facebook Sandakiah Azez

KUALA LUMPUR, 7 Julai- Pengarah dan pengkritik filem Mansor Puteh maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Alam Damai, di sini pagi tadi.

Bekas Pengarah FIlem Malaysia (FDAM) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkusanaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.10 pagi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa memandu dari arah Taman Len Seng menghala ke Taman Alam Damai telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.

"Akibat kemalangan tersebut mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadan oleh Penolong Perubatan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

0707 HI MANSOR PUTIH MENINGGAL DUNIAKeadaan kenderaan yang dipandu Mansor Puteh ketika kejadian

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI