fb fb fb fb fb

Maki pengadil, Mourinho digantung dua perlawanan

FOTO AFP

ROM, 23 Februari- Jose Mourinho digantung dua perlawanan hari ini selepas dibuang padang berikutan pertelagahan dengan pengadil pada penamat saingan Serie A yang berkesudahan seri berdepan Verona.

Mourinho bertindak menjerit kepada pengadil, Luca Pairetto kemudian menunjukkan tanda membuat panggilan telefon yang membuatkan dia dilayangkan kad merah.

Media Itali melaporkan bahawa Mourinho tidak gembira dengan tambahan masa yang diberikan Sabtu lalu pada penghujung saingan, ketika Roma bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk seri 2-2.

Roma kini enam mata di belakang Juventus, yang memegang kedudukan keempat ke Liga Juara-Juara.

Media Itali mengatakan tindakan berkenaan seperti mempersoalkan tahap kredibiliti pengadil.

Morinho juga dilaporkan tidak menyertai sidang media wajib selepas perlawanan, sebaliknya membuat hantaran Instagram, "pulang dan menikmati makan malam yang bagus." - AFP

Media Baharu