fb fb fb fb fb

M. Nasir, Nash bakal terima ijazah sempena Konvokesyen UPSI

Foto Facebook mnasirofficial

TANJUNG MALIM, 22 November-Dua ikon seni tanah air, Datuk M. Nasir dan Datuk Nash bakal menerima ijazah pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.

Datuk M. Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan.

Menurut Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, sumbangan M.Nasir dalam mengangkat martabat dunia seni muzik sekali gus membangunkan pemikiran rakyat sangat besar.

"Pengalaman Datuk M. Nasir dalam dunia seni selama lebih empat dekad melayakkan beliau menjadi pakar rujuk dan penasihat dalam bidang seni persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI sejak tahun 2021.

"Manakala Syarikat Luncai Emas Sdn. Bhd. menjadi rakan strategik UPSI melalui MoU sejak dari tahun 2016 sehingga sekarang", katanya di sini.

Sementara itu, Datuk Nash atau nama sebenar, Nashrudin Elias pula akan menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan secara APEL Q.

Kedua-dua insan seni ini akan mempersembahkan nyanyian masing-masing sebagai selingan pada sesi pertama Konvokesyen.

Tambah Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, seramai 7,172 graduan bakal menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen yang akan berlangsung sehingga 30 November ini.

Seramai 154 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah.

Manakala 943 menerima Ijazah sarjana, 4,768 Ijazah Sarjana Muda, 755 menerima Diploma, dan 522 menerima Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD