fb fb fb fb fb

Liga Super 2022: Pemain import pastikan kemenangan JDT, KDA FC

(Pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva diasak pemain Penang FC Mohd Azizan Nordin pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim)

KUCHING, 5 Mac - Juara Liga Super lapan kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen memburu gelaran kesembilan berturut-turut dengan mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menembusi gawang lawan dengan jaringan tunggal.

Penang FC yang mempamerkan corak permainan bertahan lebih banyak beraksi di kawasan sendiri.

Selepas berusaha selama 70 minit, pemain import dari Brazil, Bergson da Silva akhirnya berjaya menanduk masuk gol kemenangan, sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh buat skuad kendalian Benjamin Mora.

Terdahulu, Kedah Darul Aman (KDA) FC turut mengutip tiga mata selepas mengatasi pendatang baharu Liga Super, Sarawak United FC juga hasil kemenangan tipis 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.

Pemain import dari Cameroon, Ronald Ngah muncul wira buat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak dengan jaringan tunggal pada minit ke-16.

(Pemain Kedah Darul Aman FC meraikan gol oleh Wanja Ronald Ngah (kiri) pada saingan Liga Super di Stadium Negeri. Keputusan penuh Kedah Darul Aman 1-0 Sarawak United FC)

Jaringan itu turut mencatatkan nama Ngah sebagai penjaring pertama bagi saingan Liga Super musim ini.

 

 

Media Baharu