KUALA LUMPUR, 3 Februari- Lebih 2,000 peminat hadir membanjiri Zepp Kuala Lumpur bagi menyaksikan Konsert ‘Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity’ pada Jumaat lepas.
Sebanyak 22 lagu popular dibawakan Sweet Charity dalam konsert yang berlangsung selama dua jam itu.
Antaranya Kamelia, Teratai, Tahun 2000, Zakiah, Batu dan Sejuta Wajah.
Sweet Charity terdiri daripada Datuk Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Ahmad Jaafar dan Rahman Sarbani.
Turut diiringi pemuzik jemputan iaitu pengarah muzik Rio Rasul, Addy Rasidi (gitar), Din Safarj (bes) dan Riduan Zalani.