fb fb fb fb fb

Konsert Kreator di KL memukau, bertenaga

Sebanyak 15 lagu dibawakan kumpulan berkenaan, dengan persembahan hampir dua jam.

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Lebih 2,000 peminat hadir pada 'Konsert Kreator Strongest of The Strong Live In Malaysia' di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ternyata kumpulan popular dari Jerman itu memberi kepuasan tersendiri, meskipun usia ahli kumpulan 50 tahun ke atas, namun persembahan mereka cukup memukau dan bertenaga.

Sebanyak 15 lagu dibawakan kumpulan berkenaan dengan persembahan hampir dua jam.

Peminat yang hadir turut memuji mutu dan sistem bunyi serta pencahayaan yang cukup luar biasa.

"Rasa tak boleh diluahkan dengan kata-kata sebab terlalu lama tunggu persembahan mereka. Sangat seronok dan memang tak rugi datang ke konsert ini," peminat, Junizam Nong Che.

"Hari ini orang ramai memang best, gempak semua, nampak sangat teruja. Siapa tak datang memang rugi, sangat berpuas hati," peminat, Nor Suhana Ramli.

"Memang terbaik. Memang kita menantikan kumpulan dari Jerman ini, Kreator band yang terbaik," peminat, Ucop Ahmad.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM