KUALA LUMPUR, 4 Februari- Pemilihan lagu tidak tepat antara faktor utama peserta Bintang RTM 2024, Akmar dan Jon tersingkir pada minggu keempat semalam.
Juri tetap Bintang RTM 2024, Datuk Syafinaz tegas dalam memberi komen dan mengingatkan kepada semua peserta, ini adalah pertandingan, bukan persembahan.
"Tetapi sekarang ini fokus mereka adalah seolah-olah ini adalah satu ruang untuk membuat 'show' (persembahan) , 'this is not dinner show' (ini bukan persembahan makan malam). Hadiah dia besar. Hadiah dia sangat besar untuk satu pertandingan amatur, penyanyi amatur," kata Syafinaz.
Bagi kedua-dua peserta Bintang RTM yang tidak bernasib baik pada minggu ini, mereka mengambil semua komen dan pandangan sebagai suatu perkara yang positif.
"Bagi saya peringatan la benda itu, sebab vokal kan penting 80 markah, saya fokus vokal, cuma itu la," kata peserta, Jon.
"Mula-mula saya nak tukar lagu, tapi saya rasa macam ini 'random' (rawak), benda yang saya tak pernah bawa dalam pertandingan, jadi saya cuba lah," kata Akmar.
Keseluruhan ke semua 11 peserta bintang RTM pada minggu keempat telah memberikan persembahan terbaik.
Namun, ini adalah pogram realiti Bintang RTM untuk mencari seorang bintang dengan keistimewaan tersendiri selain kemantapan vokal dan dinamik dalam nyanyian.