JOHOR BAHRU, 4 Julai – Pihak penganjur Rockology Concert Tour 2025, RPM Events Sdn. Bhd., menegaskan bahawa konsert yang dijadualkan berlangsung pada 5 Julai ini di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor akan diteruskan seperti dirancang.
Penjelasan ini dibuat susulan penyebaran khabar angin di media sosial yang mendakwa konsert tersebut dibatalkan. Pihak penganjur menafikan dakwaan itu secara rasmi dan memaklumkan bahawa semua persiapan berjalan lancar, termasuk kerja-kerja akhir bersama pasukan teknikal dan keselamatan.
“Saya rasa ramai yang tidak sabar nak hidupkan malam rock itu dan nak kembalikan nostalgia 80-an dan 90-an di Johor bersama kami nanti. Walau apapun yang berlaku, kami tetap akan gegarkan EduCity seperti yang dijanjikan.
"Insha-Allah, jangan percaya cakap-cakap kosong. Jumpa kami di Rockology, 5 Julai 2025 nanti – bawa semangat rock tu sekali, kita nyanyi sama-sama,” ujar Datuk Awie.
Konsert eksklusif ini menyatukan dua legenda muzik rock tanah air, Datuk Awie dan Search (Kid & Din) dalam satu persembahan yang dijangka menggegarkan selatan tanah air dan membangkitkan semula semangat rock klasik negara.
Menurut Pengarah RPM Events, Datuk Eddy, “Rockology bukan sekadar konsert ia adalah gerakan untuk menghidupkan semula semangat rock sejati. Kami komited untuk memberikan pengalaman konsert yang luar biasa, dan menghargai sokongan para peminat serta semua penaja yang terlibat.”
Sebagai tawaran istimewa, pembeli yang membuat pembelian lima tiket dalam satu transaksi akan menerima satu tiket tambahan secara percuma. Promosi ini sah untuk semua kategori tiket dan tertakluk kepada terma dan syarat.
Selain itu, para pemegang tiket turut berpeluang dipilih secara rawak sebagai pemenang bertuah yang akan menerima pendrive edisi khas mengandungi rakaman eksklusif sesi latihan Rockology Concert Tour 2025 bersama Datuk Awie dan Search (Kid & Din).
Orang ramai boleh mendapatkan tiket bermula pada harga RM98 hingga RM350 mengikut kategori.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui https://rpm.ubertickets.asia/johor
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari media sosial rasmi RPM Events atau hubungi melalui e-mel di
Orang ramai juga dinasihatkan tidak mudah percaya tentang khabar angin, Rockology Johor tetap ON! Bersedia untuk malam penuh semangat dan gegaran rock yang tidak akan dilupakan.