fb fb fb fb fb

Konsert EVO70: RTM Sarawak raikan 70 tahun siaran radio

Konsert EVO70 di Auditorium P. Ramlee, Kuching

KUCHING, 30 Jun - Konsert Evolusi 70 Tahun (EVO70) Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak membuktikan siaran radio kekal relevan dalam menyampaikan maklumat, berita serta hiburan kepada rakyat di negeri ini, sejak diperkenalkan pada tahun 1954.

Puluhan penonton yang hadir menyaksikan konsert EVO70 secara langsung di Auditorium P. Ramlee di sini dihiburkan dengan persembahan musik dan sketsa yang terdiri daripada pelbagai artis-artis tempatan.

Antara artis yang terlibat sempena Sambutan Jubli Platinum RTM Sarawak EVO70 ialah Ezad Lazim, Wany Hasrita, Ramles Walter, Roxy Ixzy, Des Marcus, Claudia Geres, Felicia Gek dan Juara Sape Junior 2024, Fazlina Fariz.

Turut hadir menyaksikan konsert EVO70 adalah Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Nasaruddin Abdul Muttalib bersama Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat, selain Mantan Ketua Pengarah RTM, Datuk Norhayati Ismail selaku Penaung Persatuan Veteran RTM.

Pada masa yang sama, penganjuran Konsert EVO70 diraikan bagi memperkukuhkan lagi kerjasama strategik bersama agensi dan jabatan lain dalam mencungkil bakat-bakat anak seni tempatan dalam industri seni kreatif.

GRACE AISYAH KEDAYAN