fb fb fb fb fb

Keluarga Allahyarham Yazit terima sumbangan RM10,000

Sebanyak 17 lagu popular Search disajikan menerusi persembahan yang cukup memukau di hadapan lebih 2,000 peminat.

KUALA LUMPUR, 30 Jun- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melalui wakilnya, Izhar Yusof menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada keluarga pemuzik legenda kumpulan Search, Allahyarham Yazit Ahmad di Konsert Search ‘Gemuruh’ yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur semalam.

Sumbangan disampaikan kepada keluarga Allahyarham yang diwakili isteri, Ramlah Ahmad dan anak ketiga, Shafiqa Nurlis.

Selain itu, Allahyarham turut menerima RM5,000 daripada penganjur konsert, 'Big Stage Entertainment' dan redONE Mobile.

Sumbangan diserahkan sebaik segmen penghormatan terhadap Allahyarham dipersembahkan pada konsert yang menampilkan Amir Masdi sebagai vokal utama.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 57 tahun di Hospital Kuala Lumpur pada 26 September 2019 selepas mengadu sesak nafas.

Menerusi konsert berdurasi dua jam itu, Amir turut bergandingan dengan dua pemain gitar, Nordin Mohd Taib dan Hamzah Mohd Taib, selain pemain dram, Min serta pemain bass Barbarik, Rozaimie.

Sebanyak 17 lagu popular Search disajikan menerusi persembahan yang cukup memukau di hadapan lebih 2,000 peminat.

Acara istimewa itu turut menampilkan jemputan khas termasuk Ritz Metalasia, Muzza, Addy Cradle, Rozario Rasul, Ujang Exist, Fly Halizor dan Jovita Pearl daripada X Factor Indonesia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM