KUALA LUMPUR, 20 Ogos- Konsert AKB48 Group Live in KL 2024 First Cry di ibu negara dihadiri lebih daripada 2,000 peminat dari pelbagai negara termasuk Jepun, Thailand, dan Indonesia.
Konsert lebih tiga jam anjuran 48 Entertainment dengan sokongan dari iMe Malaysia itu julung kali diadakan di Malaysia dan menampilkan persembahan lima kumpulan iaitu AKB48, STU48, Quadlips, JKT48, dan KLP48.
"Sepanjang persembahan lebih tiga jam itu, peminat kelihatan sangat teruja dan menyalakan cahaya glow stick mereka sambal diiringi visual yang menarik.
"Bukan itu sahaja, peminat turut bersorak dan menyanyi bersama lagu-lagu popular seperti 'Catch Me Kiss Me' dan 'Overdrive' oleh Quadlips, 'Ai no Omosa' dan 'Kurayami' oleh STU48, 'Rapsodi' dan 'Fortune Cookie Yang Mencinta' oleh JKT48, serta 'Everyday, Kachuusha' dan 'Koi Tsun Jatta' oleh AKB48," kata 48 Entertainment dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu KLP48, mengumumkan ahli generasi pertama mereka, menggunakan konsert itu untuk debut dengan mempersembahkan video muzik dan lagu pertama mereka, 'Heavy Rotation,' dalam bahasa Melayu, serta lagu dalam bahasa Inggeris, Mandarin, dan Jepun.
Pada akhir konsert, semua kumpulan berkumpul di pentas untuk menyanyikan lagu ikonik 'Aitakatta,' diikuti dengan sesi bertemu dengan peminat.