NEW YORK, 19 Jun-Bintang Pop, Justin Timberlake ditahan ketika memandu dalam keadaan mabuk di timur bandar New York.
Bekas anggota kumpulan NSYNC terpaksa bermalam di penjara sebelum dibebaskan kata salah seorang pegawai pada Selasa.
Penyanyi berusia 43 tahun itu yang terkenal dengan lagu-lagut hits seperti "SexyBack" dan 'Cry Me a River dibawa ke penjara di Sag Harbor.
"Justin Timberlake ditahan di Sag Harbor ketika memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Dia dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Sag Harbor Village dan kemudiannya dibebaskan",menurut kenyataan yang diemailkan ke AFP.
Tambah kenyatan itu lagi, Penyanyi tersebut akan menghadiri mahkamah pada 26 Julai secara maya.
Polis Sag Harbour dalam satu kenyataan memaklumkan seorang pegawai polis menahan Timberlake selepas melihat dia gagal memberhentikan kereta BMW miliknya ketika melintasi papan tanda berhenti.
"Setelah disiasat, didapati Timberlake memandu kenderaannya dalam keadaan mabuk," kata polis, mengesahkan laporan media sebelum ini.
"Mata Timberlake "kelihatan merah dan berkaca," dan dia "menunjukkan prestasi buruk pada semua ujian saringan alkohol yang dilakukan," lapor CBS, memetik dokumen mahkamah.
Timberlake dikenali sebagai penyanyi kumpulan popular NSYNC sebelum beralih arah menjadi penyanyi solo sebelum terjun ke dunia lakonan.
Timberlake telah memenangi 10 anugerah Grammy dan empat anugerah Emmy.
Dia berkahwin dengan pelakon Jessica Biel. Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki.-AFP