fb fb fb fb fb

Julung kali di Malaysia, Latihan Pestapora hibur 30,000 penonton

Duta SO7 membuat persembahan pada Latihan Petapora Malaysia 2025 di ibu negara

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Latihan Pestapora Malaysia yang pertama kali diadakan di Malaysia dilihat sebagai platform memperkukuh hubungan budaya serantau menerusi muzik Malaysia-Indonesia.

Festival pada Ahad yang dihadiri kira-kira 30,000 penonton itu membuka ruang untuk kolaborasi seni serta memperkenalkan karya kreatif dari kedua-dua negara kepada khalayak lebih luas.

Tidak ketinggalan kumpulan muzik legenda Indonesia, Sheila On 7 (SO7) yang turut membuat persembahan sekali gus mengubati rindu para peminat yang hadir pada festival berkenaan. 

Selepas tujuh tahun, SO7 kembali mengamatkan suasana dengan menghiburkan penonton di Malaysia dengan 17 buah lagu popular dan malar segar dendangan kumpulan itu.

Antaranya Sephia, Dan, Melompat Lebih Tinggi, Bila Kau Tak Disampingku, Berhenti Berharap dan Memori Baik yang turut dinyanyikan bersama peminat sepanjang 90 minit persembahan mereka.

Festival yang bermula sejak pukul 1.30 tengah hari itu turut menampilkan persembahan daripada artis tempatan seperti  Salam Muzik, Bunkface, Bittersweet dan Dolla.

Selain itu penonton turut dihiburkaan dengan Pamungkas, Kunto Aji, Barasuara X Efek Rumah Kaca, dan Hindia. 

Kemuncak konsert, Feel Koplo mengakhiri persembahan dengan gabungan lagu-lagu adun semula (remix) popular seperti We Found Love dan Stecu Stecu bersama kemunculan Ari Lesmana.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI