fb fb fb fb fb

Johor sasar kedudukan lima terbaik pada SUKMA Kuala Lumpur 2022

JOHOR BAHRU, 27 Mac - Johor menyasarkan berada pada kedudukan lima terbaik dalam temasya Sukan Malaysia, SUKMA yang dijadual bermula pada 29 September ini di Kuala Lumpur.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Sukan dan Sukarelawan, Datuk On Jabbar yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan kepada pencapaian di SUKMA Perak, pada 2018.

"Sekarang ini Majlis Sukan Negeri Johor giat melatih atlet-atlet, berdasarkan pencapaian kita di SUKMA Perak yang lepas dapat 29 pingat kedudukan nombor tujuh.

"Saya sudah bincang dengan Majlis Sukan Negeri Johor supaya tahun ini pencapaian SUKMA kita sasar di kedudukan lima teratas," katanya.

(Datuk On Jabbar)

Beliau ditemui pada Program Gotong Royong Peringkat Negeri Johor di tanah perkuburan Kampung Kurnia, Jalan Kebun Teh, di sini hari ini.

Media Baharu