fb fb fb fb fb

Hattan, Hazama dan Black bakal gegarkan Konsert Hitam Manis

Twitter @dato_hattan

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Tiga penyanyi popular, Datuk Hattan, Hazama dan Black Hanifah bakal menggegarkan pentas Plenary Hall, KLCC di sini dalam Konsert Hitam Manis 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 8 Februari depan.

Konsert berskala besar itu menjanjikan pengalaman muzik yang memukau, menggabungkan elemen nostalgia, rock dan kekuatan vokal ketiga-tiga bintang tanah air tersebut.

Persembahan selama dua jam tersebut akan mengetengahkan pelbagai segmen menarik termasuk nyanyian solo, duet dan gabungan eksklusif antara mereka.

Menurut Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Azmi, 40, konsert berskala besar seperti ini adalah satu pengalaman baharu baginya, namun beliau yakin dengan gabungan pengalaman mereka bertiga, konsert itu mampu memberikan persembahan terbaik untuk peminat.

"Kami akan lakukan yang terbaik untuk peminat seni tanah air, dengan izin Tuhan," katanya.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 60, pula menyatakan keyakinan terhadap Hazama dan , Black Hanifah, 36, atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah sebagai pilihan rakan persembahannya, memuji kesungguhan mereka yang mampu memberi lebih daripada 100% ketika di pentas.

"Saya pilih mereka kerana bila di atas pentas, mereka bukan sekadar beri 100% , tapi lebih. Itulah sebab saya mahukan mereka bersama dalam konsert ini," katanya.

Konsert Hitam Manis turut dijangka memberikan pengalaman muzik yang luar biasa untuk semua peminat.

SITI AISHAH MD ISA