KUALA NERUS, 27 Februari - Sekurang-kurangnya satu satu piala dapat dirangkul pasukan Kelab Bola Sepak Terengganu (Terengganu FC) untuk dimenangi pada musim ini.
Demi merealisasikan impian para penyokong yang amat dahagakan kejuaraan buat pasukan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sasaran tersebut sesuai dengan persediaan dan kehadiran beberapa tonggak import baharu yang dilihat mampu memantapkan lagi skuad utama Terengganu FC kali ini.
"Momentum sedia ada ditambah dengan semua kemudahan yang ada diharap pemain dapat memberikan satu persembahan dan permainan terbaik untuk merealisasikan hasrat dan impian kita. Sekurang-kurangnya satu piala kita dapat dalam musim 2022 ini. InsyaAllah,"
Sukairi berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Memperkenalkan Para Penaja dan Jersi terbaharu pasukan Terengganu FC pada musim 2022 di Stadium Tertutup Negeri, Kompleks Sukan Gong Badak di sini.
Tahun lalu, Terengganu FC gagal mencapai sasaran apabila menamatkan saingan Liga Super dikedudukan keempat dan separuh akhir Piala Malaysia, serta gagal beraksi dalam saingan Piala AFC musim ini.
Manakala Terengganu FC II pula berjaya mencapai sasaran apabila menamatkan saingan Liga Perdana dikedudukan ketiga.