fb fb fb fb fb

G-Dragon buat persembahan istimewa pada majlis makan malam APEC 2025

G-Dragon/ REUTERS

GYEONGJU, 1 November - Bintang K-pop terkenal, G-Dragon bersama sekumpulan penari menampilkan persembahan istimewa pada majlis makan malam Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2025 yang berlangsung di sini.

Majlis tersebut diadakan di Hotel Lahan Select Gyeongju dan dihadiri kira-kira 400 tetamu termasuk pemimpin ekonomi APEC serta pasangan masing-masing.

Ketika persembahan berlangsung, Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung dilihat berbual mesra antara satu sama lain.

Presiden Lee dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Xi Jinping pada Sabtu (1 November) di sela-sela sidang kemuncak tersebut, termasuk menghadiri majlis santapan negara.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI