fb fb fb fb fb

Eylia ungguli minggu ke-4, Akmar dan Jon ucap selamat tinggal Bintang RTM 2024

Eylia ketika menyanyikan lagu 'Cinta Datang Lagi' nyanyian asal Dina Nadzir

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Nama Eylia Guntabid diumumkan sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi dalam persaingan Suku Akhir ke-4 Bintang RTM 2024 berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media Angkasapuri, Sabtu lalu.

Menyampaikan lagu ‘Cinta Datang Lagi’ nyanyian asal Dina Nadzir, Eylia Guntabid memperoleh 87 markah diikuti tempat kedua Dhania dengan lagu 'Damelo'.

Dhania memperoleh 81.6 markah sementara Shah Rezza memperoleh 78.6 markah menerusi lagu 'Aku Penghiburmu'.

Saingan minggu sebelum itu menyaksikan Dhania kekal peserta terbaik mingguan Suku Akhir 3 Bintang RTM 2024 sementara Eylia Guntabid di kedudukan kedua terbaik dengan kutipan markah keseluruhan 79.3%.

Saingan suku akhir ke-4 turut menyaksikan dua lagi peserta tersingkir iaitu Akmar Natasha dan Jon, masing-masing memperoleh markah terendah, 56.3 dan 51.3.

Menurut Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap Bintang RTM 2024: Pemilihan lagu tidak tepat faktor Akmar, Jon tersingkir.

Turut bertanding pada saingan suku akhir ke-4 ialah Roxy Ixzy memperoleh 78 markah, Hady Huv (77.6), Joy (76.3), Feka (74.6), Scha Nuril (69.3) dan Azumi menerima 57.3 markah.

0602 AKMAR JOY RTM
Akmar dan Joy ketika mengadakan persembahan pada saingan Suku Akhir ke-4 Bintang RTM Sabtu lalu

Selain Datuk Shafinaz, persembahan para peserta dinilai dan diadili oleh barisan artis ternama iaitu LY, Ernie Zakri dan juri undangan Azharina Azhar, bekas Juara Bintang RTM 2001.

Konsert Bintang RTM 2024 bakal diteruskan dalam persaingan Suku Akhir ke-5 pada 10 Februari depan, pukul 9.00 malam di TV2. Siaran boleh diikuti secara dalam talian melalui RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my ).

Kesemua sembilan peserta program realiti nyanyian ini bakal mempersembahkan lagu pilihan masing-masing bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya. Berikut disenaraikan lagu-lagu tugasan peringkat Suku Akhir 5 Bintang RTM 2024:

1. Eylia Guntabid – Saving All My Love for You (Whitney Houston)
2. Feka – Sangkar Cinta (Ziana Zain)
3. Azumi – Sekadar Di Pinggiran (Dato’ Francissca Peter)
4. Scha Nuril – Ku Ke Udara Lagi (Dato’ Francissca Peter)
5. Hady Huv – Terasing (Dato’ Sudirman Haji Arshad)
6. Shah Rezza – Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof)
7. Roxy Ixzy – Darah Muda (Wann)
8. Dhania – Tragedi Buah Apel (Anita Sarawak)
9. Joy – Juwita (Saleem)

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI