fb fb fb fb fb

Dokumentari RTM “Wanita Yang Pertama” papar 13 kisah figura hebat

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Seramai 13 figura wanita hebat negara bakal berkongsi kisah kejayaan dan inspirasi dalam program dokumentari terbaharu RTM bertajuk “Wanita Yang Pertama”.

Program itu bersiaran mulai 27 Julai ini, setiap Ahad pada pukul 12.30 tengah hari, di saluran Okey dan RTMKlik.

Ia menghimpunkan tokoh-tokoh wanita yang menjadi perintis dalam pelbagai bidang, memperlihatkan semangat juang dan pencapaian luar biasa mereka sebagai inspirasi kepada masyarakat, khususnya kaum wanita.

Episod pengenalan mengetengahkan Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, wanita pertama menerima pengiktirafan tertinggi dalam dunia sastera tanah air.

Turut diketengahkan, Anita Yusof, wanita Islam pertama Malaysia yang mengelilingi dunia secara solo dengan motosikal, dan perjalanan transformatifnya daripada pensyarah kepada pengembara dunia.

Nenney Shuhaidah Shamsuddin, pula berkongsi pengalaman sebagai hakim Mahkamah Syariah dan pencapaiannya tersenarai dalam 'BBC 100 Women' pada tahun 2018., pula berkongsi pengalaman sebagai hakim Mahkamah Syariah dan pencapaiannya tersenarai dalam 'BBC 100 Women' pada tahun 2018.

Penonton juga akan mengenali Saidatul Zakirah Saidatul Zairin, pelumba wanita yang menongkah cabaran dalam dunia permotoran yang didominasi lelaki, pelumba wanita yang menongkah cabaran dalam dunia permotoran yang didominasi lelaki.

Program berkenaan turut membawakan kisah Qariah terkenal, Datuk Faridah Mat Saman, yang mengimbau kehidupan beliau bersama al-Quran, serta perjuangannya membesarkan sembilan anak yang berjaya.

Antara figura lain ialah Siti Rahmah Nasir, Tan Sri Rafiah Salim, Nusaybah Maszlee, dan Dr. Masni Mat Dong, masing-masing memperlihatkan peranan penting wanita dalam bidang sukan, diplomasi, pendidikan dan pembangunan masyarakat.

Turut dipaparkan ialah Dr Nur Adlyka Ainul Annuar, pakar astronomi, Mejar Jeneral (B) Datuk Dr Rosidah Ishak, tokoh wanita dalam ketenteraan, serta Dr Siti Juita Mastura Mohd Salleh, juruterbang dron profesional pertama Malaysia.

Dr Azuraida Shahadan, pula menutup siri itu dengan kisah kejayaan dalam akademik, inovasi, dan kerja kemasyarakatan, termasuk ciptaan peranti 'The Mind Tune' dan penerbitan buku motivasi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM