fb fb fb fb fb

DJ Dave raih anugerah istimewa daripada RCAD

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Penyanyi legenda, Datuk Irwan Shah atau lebih dikenali DJ Dave meraih anugerah istimewa daripada Rotary Club Ara Damansara (RCAD) atas kepimpinan cemerlang ketika penghasilan lagu Setia Perpaduan hasil ilham Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anugerah itu akan diberikan pada 20 Januari depan yang diadakan dalam Majlis Makan Malam RCAD yang ke-7.

Lagu Setia Perpaduan yang menggabungkan pelbagai bangsa, agama dan dialek yang menunjukkan satu Malaysia itu telah dinyanyikan 13 artis terkemuka tanah air.

Jelas DJ Dave, ini kali pertama beliau menerima anugerah daripada RCAD.

"Saya merasa bangga dan pengiktirafan tersebut memberi semangat baharu kepada diri saya. Ia juga memberi saya kekuatan untuk terus berbuat demikian," katanya kepada pemberita di sini.

rtm
(Jelas DJ Dave, ini kali pertama beliau menerima anugerah daripada RCAD.)

Media Baharu