fb fb fb fb fb

Demi peminat, Junho hafal dialog dalam Bahasa Melayu

Foto FB Lee Jun-ho

KUALA LUMPUR, 24 November- Pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Jun-ho atau lebih dikenali sebagai Junho tidak tidur dalam penerbangannya demi menghafal dialog dalam Bahasa Melayu sempena acara "1st Fanmeeting Tour: Junho The Moment Kuala Lumpur" baru-baru ini.

Jelas Junho, beliau mahu menunjukkan usahanya mempersiapkan diri khusus buat peminat di Malaysia.

Junho juga membuatkan semua peminat teruja dengan gelagatnya yang cukup bersahaja apabila bertutur dalam Bahasa Melayu dengan agak lancar.

Selain berinteraksi dengan peminat, beliau juga turut memberikan persembahan nyanyian menerusi beberapa lagu dengan cukup bertenaga dalam acara berdurasi hampir tiga jam itu.

Terkenal dalam drama yang menjadi fenomena baru-baru ini iaitu "King The Land" Junho memberitahu beliau terkilan apabila tidak mempunyai masa terluang berjalan di Kuala Lumpur kerana terikat jadual ketat.

Malaysia merupakan lokasi keempat dikunjungi Junho dalam jelajahnya selepas Macau.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM