fb fb fb fb fb

ALHUMAIRA single terbaharu Lah Ahmad

Foto FB Hafiz Hamidun

KUALA LUMPUR, 23 November- Penyanyi, Lah Ahmad bakal muncul dengan lagu terbaharu iaitu ALHUMAIRA.

Berkonsepkan Balada R&B, ia mendapat sentuhan Komposer, Hafiz Hamidun.

Menurut Hafiz, ALHUMAIRA membawa erti kesyukuran dan kesetiaan.

"Semestinya secara keseluruhan saya rasa urusan ini dipermudahkan. Tiada sebarang bantahan daripada pihak Lah dan daripada segi melodi, saya sebenarnya bagi kebebasan pada Lah. Saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Lah, seorang yang disiplin dan banyak idea," kata Hafiz.

Jelas Lah, beliau sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan komposer terkenal itu.

"Saya juga merasa teruja kerana dapat keluarkan single baharu tahun ini dengan peringkat umur saya sekarang, masih mempunyai peluang dan rezeki untuk keluarkan lagu itu," kata Lah.

ALHUMAIRA berasal daripada Bahasa Arab, bermakna putih kemerah-merahan serta melambangkan cinta dan kecantikan.

Lagu itu akan berada di semua platform digital mulai esok.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM