fb fb fb fb fb

Dayang Nurfaizah bakal bertemu peminat menerusi "Janji With Dayang"

Dayang Nurfaizah/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Julai- Penyanyi, Dayang Nurfaizah, bakal merealisasikan impiannya untuk menjayakan persembahan eksklusif menerusi “Janji With Dayang”, yang dijadual berlangsung pada dua tarikh istimewa.

Persembahan pertama akan berlangsung di Pulau Pinang pada 23 Ogos, diikuti persembahan kedua di Menara Kuala Lumpur pada 27 September depan.

Menerusi konsert itu, Dayang akan memberi tumpuan kepada lagu-lagu daripada album terbarunya, "Janji", dalam susunan muzik istimewa yang menampilkan kelainan.

"Sebenarnya, Dayang dah lama teringin nak buat satu persembahan yang lebih peribadi dan eksklusif, tapi di lokasi terbuka, bukan dalam auditorium seperti biasa," kata Dayang yang teruja dan tidak sabar untuk bertemu para peminat di sini hari ini.

Menurut Dayang, pemilihan lokasi terbuka bukan sekadar memberikan pengalaman visual yang berbeza, tetapi juga mewujudkan suasana lebih dekat dan mesra antara dirinya dan para peminat yang hadir.

"Ia akan jadi sesuatu yang menarik daripada segi susunan lagu dan keseluruhan suasana. Tapi kalau nak tahu lebih, kena datang dan alami sendiri," katanya lagi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM