fb fb fb fb fb

BluntSheep lancar album mini 'Di Puncak Dunia'

BluntSheep lancar album mini terbaharu 'Di Puncak Dunia'

KUALA LUMPUR, 20 September - Kumpulan muzik tempatan, BluntSheep, tampil penuh semangat menerusi sebuah showcase istimewa bagi melancarkan album mini terbaharu yang berjudul “Di Puncak Dunia”.

Album mini ini menghimpunkan empat buah lagu, termasuk lagu bertemakan patriotik, 'Di Puncak Dunia', yang menyampaikan mesej perjuangan untuk mengangkat nama Malaysia ke persada dunia.

Tiga lagi lagu yang turut dimuatkan dalam album ini ialah “Lelah”, “Cinta Paling Hebat” dan “Hanya Dia”.

Pemain drum, Mosses berkata lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini berkait dengan Malaysia dan dicipta untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.

Tambahnya, showcase tersebut memperkenalkan BluntSheep kepada khalayak yang lebih luas dan menjadi langkah awal bagi kumpulan itu menapak dalam industri muzik tanah air.

"Showcase ini untuk kita perkenalkan Bluntsheep, untuk kami step one one step forward supaya kami dikenali and muzik kami pun dapat diterima oleh ramai orang", katanya.

ROSLINA BINTI DIN