fb fb fb fb fb

Bekas anggota orkestra RTM Akbar Nawab meninggal dunia

Pemuzik veteran dan bekas anggota orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM), Akbar Nawab menghembuskan nafasnya pada usia 86 tahun

GOMBAK, 30 Ogos - Pemuzik veteran dan bekas anggota orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM), Akbar Nawab, telah meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham yang merupakan adik tokoh legenda Tan Sri Ahmad Nawab, meninggal dunia dalam kereta ketika hendak keluar makan berhampiran kediamannya di Taman Sri Gombak.

Bagaimanapun, punca kematian Allahyarham yang berusia 86 tahun itu masih belum dapat dipastikan.

Menurut Tan Sri Ahmad Nawab, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Sri Gombak, pada 9.00 pagi esok (Sabtu).

Sepanjang hayatnya, Akbar Nawab banyak terlibat dalam projek rakaman lagu Melayu sebagai komposer dan penggubah sejak era 1970-an.

Antara artis legenda yang pernah mendapat sentuhan kreatif Allahyarham termasuk Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Datuk Hail Amir, Uji Rashid, dan Datuk Jamal Abdillah.

GRACE AISYAH KEDAYAN