fb fb fb fb fb

Chiew Yik Yang terima gitar, siap tandatangan Yonnyboii, Jobranko

Chiew Yik Yang bersama-sama gitar yang siap tandatangan Yonnyboii dan Jobranko/ Foto Universal Music Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 September- Pemenang peraduan menyanyikan semula lagu 'Nadi', Chiew Yik Yang berjaya membawa pulang sebuah gitar ditaja oleh Music Bliss Malaysia dan sebuah radio swasta tempatan yang siap ditandatangani oleh Jobranko dan Yonnyboii.

Chiew Yik Yang antara 20 peserta dan peminat berpeluang secara eksklusif meluangkan masa bersama-sama pemain gitar legenda, Jobranko atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 55, dan komposer serta penyanyi serba boleh, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, di ibu negara.

Universal Music Malaysia dalam satu kenyataan berkata, acara Sentuhan Nadi, merupakan kesinambungan daripada peraduan menyanyikan semula lagu ‘Nadi’ gandingan Yonnyboii dan Jobranko pada 6 hingga 28 Ogos lalu dengan versi masing-masing.

 “Selepas masing-masing mempamerkan bakat mereka, dapat membawa pulang gitar keramat itu menjadi pulangan paling berbaloi. Apalagi hadiah itu disampaikan sendiri idola mereka secara bertentang mata.

“Sentuhan Nadi juga menjadi detik manis buat Jobranko dan Yonnyboii mendekati peminat setia mereka,” katanya.

0501 YONNYBOII JOBRANKOJobranko (kiri) dan Yonnyboii/ Foto Universal Music Malaysia 

Acara itu turut menampilkan Asyraf Nasir untuk menghiburkan peminat dengan beberapa buah lagu termasuk berduet dengen Yonnyboii menerusi lagu 'Tak Sangka’.

Dalam pada itu Yonnyboii percaya lagu Nadi yang dicipta bersama-sama komposer Amy Bong itu mampu menyentuh hati pendengar selain menganggap ianya sebuah karya menarik dan tersendiri dengan mengambil kira kombinasi dua generasi serta genre muzik berbeza.

Selepas lebih dua bulan muzik video rasmi ‘Nadi’ dilancarkan menerusi platform YouTube ia telah meraih lebih 215,000 tontonan. 

 

 

 

 

 

 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI