fb fb fb fb fb

Barisan pelakon sitkom 'Friends" beri penghormatan kepada mendiang Perry

Barisan pelakon sitkom 'Friends'.Dari kiri, Matt Le Blanc, Courteney Cox, Matthew Perry, Jennifer Aniston, dan David Schwimmer,/FOTO REUTERS

LOS ANGELES, 15 November- Barisan pelakon sitkom popular 'Friends' Matt LeBlanc dan Courteney Cox memberi penghormatan penuh emosi kepada mendiang Matthew Pery, dua minggu selepas kematian mengejut pelakon berkenaan.

Perry yang memainkan watak Chandler Bing pada sitkom berkenaan dari tahun 1994 sehingga 2004 meninggal dunia pada usia 54 tahun bulan lalu selepas hampir sedekad bergelut dengan ketagihan dadah dan masalah kesihatan.

"Waktu ketika kita bersama-sama merupakan waktu yang paling diingati seumur hidup saya", kata LeBlance yang memegang watak rakan serumah dan sahabat karib kepada Perry dalam sitkom berkenaan.

LeBlanc berkongsi beberapa potongan adegan sitkom Friends yang memaparkan mereka berdua ketika mereka sedang berpelukan.

Dalam tulisan yang dikongsikan di Instgram itu juga LeBlanc turut menzahirkan ucapan terima kasih dan rasa bangganya kerana dapat bekerjasama bersama aktor berkenaan.

"Suatu penghormatan dapat berkongsi pentas dengan anda.Bebaskan sayapmu dan terbanglah sahabatku. Anda kini bebas", kata LeBlanc.

Semantara itu, aktres Courtney Cox yang memainkan peranan sebagai teman wanita dan isteri Perry dalam sitkom Friends pula berkongsi sebahagian klip yang memaparkan adegan yang terkenal membabitkan watak romantis mereka berdua dalam sitkom berkenaan.

"Saya sentiasa bersyukur dengan setiap detik ketika kita bersama.Saya benar-benar merinduinya", tulis Cox.

Perry ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri didalam tab mandi di rumahnya bulan lalu.

Punca kematian pelakon itu tidak diketahui manakala keputusan bedah siasat dan ujian toksikologi masih belum dikeluarkan.

Dalam pada itu, kelima-lima pelakon sitkom 'Friends' mengeluarkan kenyataan bersama selepas dua hari pemergian Perry.

"Kami semua sangat sedih dengan kehilangan Perry. Kami lebih daripada sekadar rakan pelakon. Kami adalah sebuah keluarga," kata mereka.

Kelima-lima pelakon berkenaan dilaporkan menghadiri upacara pengebumian Perry yang dilakukan secara tertup di Los Angeles awal bulan ini.-AFP

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD